Tuesday, October 12, 2010

BANTULAH USAHA MEMBINA MASJID KG PULAU

SAYA HANYA MENYEBARKAN, AGAR ANDA DAPAT MEMBUAT KEBAJIKAN

PENGENALAN

Assalamua'laikum wr. wb.
Saya; Dr. A Zahari Zakaria, seorang penduduk Kg Pulau, Kubang Kerian Kelantan merekabentuk blog ini untuk menghebahkan kepada anda semua tentang pembinaan masjid baru di kampung kami supaya dengan hebahan ini anda berpeluang untuk bersedekah jariah membantu pembinaan sebuah masjid. Saya tidak mempunyai sebarangan kepentingan dalam urusan ini melainkan mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah SWT semata-mata. Sebarang bentuk sumbangan, sedekah jariah, wakaf dan sebagainya yang anda hendak hulurkan, sila sumbangkan kepada AJK Pembangunan Masjid yang dilantik atau terus ke akaun Bank Islam yang diujudkan untuk tujuan ini.


MASJID AT TAQWA KG PULAU, KUBANG KERIAN



Masjid At-Taqwa dilihat dari jalan masuk di tepi taliair melalui
Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian


Pandangan sisi kanan masjid; teduhan tambahan dibina untuk memuatkan
lebih ramai jemaah



Bahagian belakang masjid. Perhatikan setiap inci kawasan masjid telah
dipasang teduhan untuk menampung jemaah yang ramai.



 
Pandangan dekat bahagian belakang masjid


 Sepanduk digantung di masjid untuk memohon derma. Diharapkan blog ini
dapat menghebah-luaskan perkara ini ke dunia yang lebih luas, tidak setakat
mereka yang lalu-lalang di sekitar masjid sahaja


Lakaran bangunan masjid baru yang dirancangkan, dijangka bernilai
sekitar RM1.8 juta. Ustaz Mat (Hj Muhammad bin Deraman) adalah Imam Tua
 masjid merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangungan Masjid
Mukim Pulau (Masjid At-Taqwa)


Mudahnya untuk membantu atau bersedekah
Nama akaun Bank Islam: TABUNG PEMBANGUNAN MASJID MUKIM PULAU
No akaun Bank Islam: 03-018-01-014379-4


USAHA YANG DIJALANKAN


Surat kebenaran yang diperolehi dari Majlis Agama Islam Kelantan 
untuk memungut derma bagi pembinaan Masjid At Taqwa Mukim Pulau


Brochure yang diedarkan bagi memaklumkan No. akaun Bank Islam
untuk anda menguruskan sendiri sedekah jariah anda terus di bank, ATM
atau on-line



Resit bagi derma atau sedekah bernilai RM5 dan RM10. Pastikan anda menghulurkan 
sedekah anda kepada wakil AJK yang dilantik. 



Perhatikan yang ianya 'ori'


Anda juga boleh mewakafkan untuk sebahagian dari pembinaan masjid.
Ingatlah pihak masjid tidak menentukan bahagian wakaf; maksudnya
RM50 bukan untuk satu-satu ukuran; sekaki atau seinci. Sekiranya begitu,
nanti akan ada bahagian wakaf yang tiada padanya bahagian di masjid.
Sebagaimana haramnya mengambil bayaran lapan bahagian
bagi seekor lembu korban.Oleh itu niat anda mestilah membeli 
dan mewakafkan sebahagian dari bahagian-bahagian masjid.

WalLahu a'lam
Ini adalah gambar sijil wakaf yang diberikan kepada anda



Semoga Allah membalas sedekah jariah dan wakaf anda.


LAIN-LAIN USAHA / CARA
Selain dari ikhtiar memohon derma, pihak masjid juga menjalankan
usaha-usaha lain bagi mendapatkan dana untuk pembinaan masjid ini.

1. Rumah sewa HOMESTAY Masjid At Taqwa
Homestay (hijau muda) berada berhampiran masjid. Yang ditengah adalah
bangunan sekolah agama.

2 unit rumah sewa harian 'homestay' yang selesa.

Dua unit rumah sewa 'homestay' untuk sewaan harian dibina dalam kawasan
masjid. Setiap satunya ada tiga bilik lengkap dengan perabut - boleh disewa
dengan kadar RM100 sehari.  Oleh itu sekiranya anda berkunjung ke Kota Bharu,
Kelantan anda bolehlah menginap di sini. Selain mendiami homestay yang
selesa berhampiran masjid dengan suasana solehah,  anda juga membantu
menjana kewangan bagi pembinaan masjid baru. 
Inilah yang dikatakan untung dunia dan akhirat !


 
2. KITAR SEMULA

Sekiranya anda tinggal berhampiran dan punya barang-barang untuk kitar semula
(terutamanya surat khabar lama) sila hantarkan ke KEDAI KOPI PAK YA
yang dijadikan pusat pengumpulan. Janganlah minta bayaran pulak, kerana
 barang-barang itu akan dijual dan duitnya disumbangkan
ke tabung pembangunan masjid.


 
3. HI-TEA & JAMUAN MAKAN

InsyaAllah akan diadakan dalam masa hadapan, mungkin selepas Hariraya Korban
Makan sambil menderma. AlhamdulilLah dah ada yang janji nak tumbangkan lembu.
InsyaAlah bila dah tetap masanya, saya akan beritahu